mcmc
Aktiviti SemasaKEMPEN INTERNET SELAMAT

✨ Kempen Internet Selamat | SMK Saint Patrick Mukah ✨

Pada 09 Oktober 2025, NADI Kluster Mukah & Dalat telah melaksanakan Kempen Internet Selamat di SMK Saint Patrick Mukah 📱💻.

Program ini melibatkan seramai 64 orang pelajar Tingkatan 3A dan 4A, yang mengikuti sesi berdasarkan Rancangan Sesi Pengajaran: Kawalan Kendiri dan Pemikiran Kritis untuk Remaja di bawah Modul Pelajar Sekolah Menengah (13–17 Tahun).

Melalui kempen ini, para pelajar didedahkan dengan kepentingan mengawal kendiri ketika berinternet, berfikir secara kritis sebelum berkongsi maklumat, serta memahami tanggungjawab sebagai pengguna digital yang beretika dan bijak. 🌐💡

#KempenInternetSelamat #nadiklustermukahdalat #nadi