Q1/2020 KEUSAHAWANAN
|
Umur : 33 Tahun Ahli : 2018 |
Latar Belakang
Peserta merupakan ibu kepada 4 orang anak. Beliau merupakan surirumah tangga sepenuh masa manakala suami beliau pula adalah seorang “offshore”.
Sebelum penggunaan/Penglibatan ICT
Sebelum penggunaan ICT, Peserta tidak mempunyai pendapatan sampingan dan hanya berharap sepenuhnya dengan pendapatan daripada suami beliau.
Selepas Penggunaan/Penglibatan ICT
Selepas penglibatan beliau di Pusat Ekonomi Digital, beliau mula didedahkan dengan aktiviti perniagaan secara online. Dan melihat betapa senangnya pemasaran secara dalam talian, beliau mula berminat dan mencuba perniagaan seperti menjual baju kanak-kanak secara dropship.