Q1/2020 KEUSAHAWANAN
|
Umur : 20 Tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Peserta merupakan pembantu guru di Tadika Kemas Kampung Jebungan. Beliau merupakan anak kelima daripada lima orang adik beradik. Bapa beliau merupakan seorang nelayan dan ibu beliau pula merupakan pengusaha kerepek pisang.
Sebelum pengunaan ICT/Penglibatan PEDi
Tidak dinafikan peserta mempunyai pengetahuan asas dalam bidang ICT. Tetapi beliau hanya menggunakan ICT untuk berhubung dengan rakan-rakan melalui media social sahaja.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PEDi
Selepas penglibatan beliau di Pusat Ekonomi Digital, beliau mula didedahkan dengan kebaikan menggunakan ICT untuk menjual secara dalam talian. Dengan adanya aplikasi seperti Whatsapp, Instagram dan Facebook, petugas PEDi menggalakkan beliau untuk memasarkan produk hasilan beliau melalui dalam talian. Beliau mencuba memasarkan secara dalam talian melalui Whatsapp dan Instagram dan tidak dinafikan lebih ramai pelanggan yang menempah kepada beliau berbanding sebelum ini. Selain itu, selepas penggunaan ICT juga, beliau mempunyai lebih banyak masa untuk membuat tempahan berbanding sebelum ini beliau perlu menjual dari satu tempat ke satu tempat.