Pusat Internet Kampung Jebungan telah mengadakan Program Hari Bersama Komuniti 2016. Antara objektif program ini dijalankan adalah bertujuan untuk menghebahkan kewujudan Pusat Internet 1Malaysia di dalam komuniti kpg. Semasa majlis hari bersama tersebut, Pusat Internet juga merasmikan perkhidmatan baru yang diperkenalkan di Pusat Internet iaitu Dashboard Komuniti. Seramai 200 orang pengunjung yang datang ke majlis perasmian dan pelbagai acara yang terbuka untuk semua peringkat umur.
