mcmc
Maklumat Am

Maklumat Am

Kampung Jebungan terletak 10 kilometer daripada Pekan Mukah merupakan antara 42 kampung di Daerah Mukah. Daerah Mukah berkeluasan 2,536 km persegi. Semenjak sejarah awal pentadbiran Negeri Sarawak, Mukah merupakan sebuah Daerah dalam Bahagian Sibu dengan pusat pentadbirannya di Pekan Mukah. Pada 1 Mac 2002, Mukah telah diisytiharkan sebagai Bahagian ke-10 Negeri Sarawak, dengan Pekan Mukah sebagai pusat pentadbiran peringkat Bahagian.

Populasi penduduk kampung ini adalah berjumlah lebih daripada 900 orang. Kebanyakan masyarakat Kg Jebungan adalah berbangsa Melanau manakala bangsa lain yang turut tinggal di kawasan ini ialah masyarakat iban dan cina.

Menurut statistic daripada Pejabat Daerah Mukah, seramai 260 orang adalah kaum lelaki dan 244 orang adalah kaum wanita. Di Kg Jebungan, sebanyak 61.9 % adalah penganut agama Kristian, 12.3% Islam dan lain-lain 23.8 %. Ini melihatkan majority penduduk di kawasan kampung ini adalah beragama Kristian.

Penghulu John Andrew Buda merupakan Ketua Kaum bagi Kampung Jebungan. Antara yang kemudahan yang terdapat di kampung ini ialah jalan perhubungan, jeti, tabika,balai raya, sekolah rendah dan yang terbaru ialah Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Jebungan.