mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Quarter 1/2018

Celik IT

  Umur : 15 Tahun

  Ahli : 2013

Latar Belakang

Peserta merupakan pelajar sekolah menengah dan bakal menduduki PT3 pada tahun ini dan beliau merupakan pelajar yang kurang berminat dengan dunia IT.

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT/PEDi, beliau lebih suka menghabiskan masa dengan aktiviti di rumah,menurut beliau tidak berminat untuk menerokai dunia ICT dan beliau pernah ke PEDi kerana ajakan rakan sekelas untuk mencari maklumat kerja kursus dan menonton youtube.

Selepas penggunaan ICT/PEDi

Beliau lebih aktif menghadiri pelbagai aktiviti yang diadakan di PEDi kerana telah banyak memberi kesedaran dan menarik beliau untuk belajar dan mengenali dunia IT terutamanya media sosial,microsoft office,photoshop dan lain-lain aktiviti dan program.Disamping itu,latihan yang diberikan mencabar minda beliau dan memberi peluang kepada beliau untuk mencuba sesuatu yang baru.

 

KEUSAHAWANAN

Bentuk Perniagaan : Madu Kelulut

 Umur : 38 Tahun

  Ahli : 2017

Latar Belakang 

Peserta berasal dari kampung sungai Alo dan beliau mulakan perniagaan menjual madu kelulut pada awal 2017 hingga sekarang.

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT/PEDi,ramai penduduk di persekitaran juga tidak tahu berkenaan perniagaan yang beliau jalankan dan pendapatan hasil madu kelulut beliau juga tidak mencapai Rm 200 sebulan.Selain itu,beliau juga tidak pernah dan tidak tahu cara untuk mempromosikan madu kelulut melalui media sosial.

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT/PEDi,beliau lebih aktif mempromosikan madu kelulut beliau di media sosial kerana mampu menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli madu kelulut asli.Disamping itu,beliau juga mempromosikan madu kelulut di laman Dashboard komuniti dan permintaan madu kelulut asli beliau meningkat secara mendadak.

 

KEUSAHAWANAN

Bentuk Perniagaan : Slime

  Umur : 13 Tahun

  Ahli : 2017

Latar Belakang

Peserta berasal dari kampung jebungan dan pelajar sekolah menengah,beliau mempunyai bakat membuat slime dan ingin membuat perniagaan kecilan untuk membantu sedikit pendapatan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/PEDi

Beliau tidak berminat untuk mencari maklumat berkaitan produk yang telah diterokai oleh usahawanan sebelum ini dan tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan.Selain itu,beliau juga tidak berkeyakinan terhadap permintaan produk yang beliau jalankan.

Selepas Penggunaan ICT/PEDi

Beliau lebih berkeyakinan dan aktif mencari maklumat berkaitan produk dan juga aktif mengikuti aktiviti dan program yang diadakan di PEDi.Selain itu,beliau juga telah mempromosikan produk tersebut di Myshop (DK) dan belajar menyunting gambar bagi menarikan produk tersebut.