mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Quarter2/2018

Screenshot 20180624 095338

Celik IT

Umur : 46

 Ahli : 2018

Latar Belakang 

Peserta merupakan penduduk tetap kampung jebungan.

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Peserta hanya mengunakan telefon pintar sebagai alat komunikasi.Selain itu,beliau kurang mahir mengunakan peralatan komputer.

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Dunia semakin maju,ICT adalah sebahagian kehidupan.Selepas peserta melibatkan diri dengan bengkel,beliau telah banyak perubahan dari segi kemahiran mengunakan perkakasan komputer,menaip dan melayari youtube.Kini,beliau lebih mahir dan berani mengunakan perkakasan komputer.

Keusahawanan

Umur : 26 Tahun

 Ahli : 2017

Latar Belakang 

Peserta berasal dari kampung teh,beliau mula aktif menjual aiskrim homemade pada tahun 2017.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT/PEDi,ramai penduduk di persekitaran tidak tahu perniagaan yang beliau jalankan dan beliau juga tidak pernah mempromosikan aiskrim homemade beliau di laman media sosial walaupun mempunyai akaun facebook tetapi beliau segan untuk bersaing dengan penjual lain.

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Beliau kini lebih yakin dan aktif mempromosikan jualan aiskrim homemade di laman facebook kerana melalui promosi di facebook jualan beliau mendapat sambutan malah juga mendapat tempahan dari kampung lain.

 Keusahawanan

 Umur : 30 Tahun

  Ahli : 2017

Latar Belakang  

Peserta berasal dari kampung sungai pegei,beliau berniaga kuih muih secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Sebelum,ramai penduduk di persekitaran juga tidak tahu perniagaan yang beliau jalankan.Disamping itu,hasil jualan beliau kurang mendapat sambutan.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Beliau kerap mempromosikan kuih muih di laman facebook,hasil jualan beliau  meningkat mendadak dan ada yang membuat tempahan kuih untuk majlis.

Dengan adanya kemahiran dalam ICT,beliau kini banyak belajar melalui internet berkenaan penyediaan dan meningkatkan hasil jualan beliau serta mempelbagaikan jenis kuih muih.

Screenshot 20180624 110150