Q1/2020 CELIK IT
|
Umur : 49 tahun Ahli : 2018 |
Latar Belakang
Peserta merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai 3 orang anak. Selain daripada surirumah, beliau juga aktif dalam aktiviti-aktiviti gereja dan merupakan salah seorang daripada Ketua sembahyang di Chapel Sacred Heart Kampung Jebungan.
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan beliau di PEDi, beliau akui beliau tidak mempunyai pengetahuan dalam penggunaan ICT. Segala kerja-kerja yang mempunyai kaitan dengan ICT, beliau akan menyuruh orang lain yang lebih tahu berkenaan penggunaan ICT.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PEDi
Selepas penglibatan beliau di PEDi, Puan Teresa belajar berkenaan dengan penggunaan ICT seperti menggunakan Microsoft office untuk kegunaan di Chapel Sacred Heart.