Celik IT
|
Umur : 15 Tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang :
Merupakan pelajar tingkatan 3 dan penduduk tetap kampung Jebungan.beliau menjadi ahli PEDi pada tahun 2014.
Sebelum pengunaan IT/Penglibatan PEDi:
Sebelum beliau melibatkan diri di PEDi, pengetahuan ICT beliau kurang memuaskan terutamanya pengenalan terhadap perkakasan komputer dengan betul dan selamat di pusat ekonomi digital.Selain itu,beliau juga kurang berminat terhadap dunia ict kerana berpendapat mengenali it adalah susah.
Selepas pengunaan IT/Penglibatan PEDi:
Selepas penglibatan dan pengunaan ict,beliau kini lebih mahir dan dan sangat berminat dengan dunia ICT. Setiap kali aktiviti diadakan,beliau aktif mengikuti aktiviti yang diadakan oleh petugas.Kini,beliau semakin mahir ,rajin dan banyak belajar melalui youtube.
Keusahawanan
|
Umur : 19 Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
Peserta merupakan seorang usahawan dan penduduk tetap di kampung Jebungan.
Sebelum pengunaan IT/Penglibatan PEDi :
Sebelum penggunaan ict, perniagaan peserta kurang mendapatkan sambutan kerana ramai yang tidak tahu perniagaan beliau jalankan.
Selepas pengunaan IT/Penglibatan PEDi :
Melalui pengunaan ict dan hasil penglibatan peserta di Pusat Ekonomi Digital,beliau mula mempromosikan perniagaan beliau di laman media sosial seperti facebook dan Instagram,pelanggan beliau mula bertambah dan mendapat sambutan yang ketara malah ada yang membuat tempahan dalam kuantiti yang banyak dan beliau juga mengambil tempahan secara online dan melakukan penghantaran di kawasan berdekatan.
Keusahawanan
|
Umur : 55 Tahun Ahli : 2018 |
Latar Belakang :
- Peserta merupakan penduduk tetap kampung Jebungan dan merupakan suri rumah. Bidang jahitan merupakan pekerjaan sampingan beliau. Beliau mempunyai 6 orang anak dan suami beliau bekerja dalam bidang perkapalan.
- Sebelum penglibatan PEDi :
-
- Seperti peniaga-peniaga lain, sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan sampingan beliau, tidak ramai yang mengetahui bahawa beliau mempunyai perniagaan tersebut.
- Selepas pengunaan IT/Penglibatan PEDi:
- Melalui penggunaan ICT, beliau dapat mempromosikan perniagaan beliau.

