mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti May

 Tarikh : 20 May 2023

 Masa : 08:00-05:00pm

 Tempat : Dewan Serbaguna Tellian Tengah,Mukah

 Peserta : 100 Peserta

 

Tujuan : 

  1. Memperkasa usahawan wanita ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
  2. Untuk menggalakkan kemajuan usahawan wanita melalui sektor-sektor utama daerah dengan menyediakan saluran maklumat dana, latihan dan inisiatif-inisiatif sedia ada
  3. Untuk memberi peluang kepada usahawan wanita bagi membincangkan isu-isu dan cabaran yang dihadapi dalam menggalakkan keusahawanan dan pembangunan di bahagian Mukah.
  4. Meningkatkan kemahiran usahawan melalui demostrasi bidang makanan, kraftangan dan kecantikan.
  5. Memberi pendedahan berkenaan kebaikan dan keburukan penggunaan internet dalam kehidupan seharian.
  6. Memartabatkan PEDi sebagai pusat yang interaktif dan penuh dengan informasi terkini yang dapat membina  empayar  sosio ekonomi yang hebat.

Aktiviti :

  1. Pendedahan untuk memperkasakan usahawan kecil ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
  2. Pendedahan tentang bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada usahawan mikro.
  3. Pendedahan tentang pendaftaran Lesen Perniagaan Sarawak dan Pendaftaran Lesen Perniagaan MDDM Majlis Daerah Dalat & Mukah
  4. Memberi kesedaran mengenai risiko ketika melayari internet dan penipuan kewangan atas talian
  5. Mengeratkan hubungan kerjasama antara PEDi dengan agensi atau organisasi luar.
  6. Memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan PEDi kepada komuniti

 

Lihat Gambar