mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Pelancongan

1. Pesta Kaul Mukah

Pesta Kaul Mukah merupakan pesta keramaian yang diraikan oleh Masyarakat Melanau pada setiap tahun. Pesta tradisi ini menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dan mempunyai keunikan tersendiri. Pesta Kaul menjadi medan perkelahan komuniti terbesar masyarakat Melanau. Pesta ini bakal menyajikan satu manifestasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan, tarian dan adat resam.

Kini sambutannya disertai oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama terutamanya untuk melihat dan menyertai pelbagai permainan tradisi seperti ‘Tibow’ (buaian gergasi), pameran dan jualan makanan eksotik tempatan seperti ‘Tebaloi’, ‘Si’et’ dan ‘Umai’, persembahan kebudayaan, pameran kraftangan dan yang lebih menarik adalah proses penyatuan keakraban yang menemukan pelbagai bangsa, agama dan pertuturan dalam upacara perkelahan komuniti.

2. Taman Tanjung Pedada, Kpg Tanjung, Mukah

    – Taman Tanjung Pedada terletak di Kampung Tanjung berhadapan dengan Sungai Mukah. Taman ini hanya boleh dikunjungi melalui sungai dengan menggunakan sampan daripada bandar Mukah. Taman ini adalah habitat semulajadi tumbuhan berpaya.

3. Taman Rekreasi Kala Dana, Mukah

    – Taman Rekreasi Kala Dana terletak di Skim Penempatan Semula iaitu di kawasan Pantai Kala Dana, Mukah. Pantai Kala Dana merupakan tempat dimana Pesta Kaul yang disambut pada bulan April setiap tahun oleh masyarakat melanau diraikan disini

4. Lamin Dana

    Lamin Dana bukan sahaja sebuah tempat percutian yang mempunyai unsur kebudayaan yang unik tetapi ia juga merupakan sebuah muzium yang dibina untuk memelihara kebudayaan, seni muzik, kraftangan, seni tarian dan juga budaya makanan masyarakat Melanau. Pengunjung akan dapat merasai pengalaman sebenar kehidupan masyarakat Melanau termasuk tinggal di ‘rumah panjang’, bergaul dengan masyarakat tempatan dan juga melawat hutan sago dan juga hutan paya bakau. Terletak di Kampung Tellian Tengah, Mukah dan dapat dihubungkan dengan jalan darat selama 2 jam setengah daripada Sibu dan 10 minit memandu daripada bandar Mukah.

5.Sapan Puloh

                Sapan Puloh adalah merupakan sebuah mini muzium yang diusahakan sendiri oleh Encik Tommy Black sekeluarga. Lokasinya terletak berhampiran dengan Lamin Dana. Menariknya mengenai mini muzium ini adalah, semua bahan yang dipertontonkan adalah merupakan koleksi peribadi barang lama warisan keluarga.

 

 

Produk Pelancongan

1. Homestay Rumah Panjang Melanau Kpg. Sok

2. Kraftangan Lamin Dana

3. River Cruise Sepanjang Batang Mukah

4. Safari Memancing