mcmc
Sejarah

Sejarah

            Kampung Jebungan telah dibangunkan pada tahun 1900 dan terletak 10 kilometer dari Pekan Mukah, kampung ini merupakan antara 42 kampung di Daerah Mukah. Daerah Mukah berkeluasan 2,536 km persegi. Semenjak sejarah awal pentadbiran Negeri Sarawak, Mukah merupakan sebuah daerah dalam Bahagian Sibu dengan pusat pentadbirannya di Pekan Mukah. Pada 1 Mac 2002, Mukah telah diisytiharkan sebagai Bahagian ke-10 Negeri Sarawak, dengan Mukah sebagai pusat pentadbir peringkat Bahagian. Populasi penduduk Kampung Jebungan ini adalah berjumlah lebih daripada 500 orang. Kebanyakan masyarakat Kampung Jebungan adalah berbangsa Melanau, manakala bangsa lain yang turut tinggal di kawasan ini ialah masyarakat Iban dan Cina.