NADI Kampung Jebungan merupakan Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Jebungan fasa ke 4 yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). NADI ini mula beroperasi pada November tahun 2013 dan dirasmikan oleh YB En Abdul Yakub bin Haji Arbi selaku (DUN) N.58 Balingian. Perasmian ini dikunjungi oleh Pemimpin tempatan lain, penghulu kg jebungan, ketua-ketua kampung terdekat, JKKK kampung dan serta komuniti di sekitar Kampung Jebungan lebih dari 300 orang.